Selamat Datang. Mari berkongsi idea dan menambah pengetahuan berkenaan seni tanaman hiasan. Semoga blog ini dapat membantu anda dan memberikan seribu satu maklumat.............

Tuesday, May 14, 2013

alatan perkebunan

        Terdapat pelbagai alatan perkebunan di pasaran. ada yang dijual mahal dan ada yang boleh didapati di kedai 2 ringgit. Namun tahukah anda sekiranya harganya mahal peralatan tersebut akan tahan lebih lama kerana alatan ini lebih berkualiti berbanding yang murah. Memandangkan berkebun merupakan aktiviti yang agak sederhana lasak maka pemilihan peralatanya juga mestilah sesuai agar kita berasa puas sewaktu menggunakanya. Alatan berkebun ini sebenarnya banyak membantu kita sewaktu melakukan aktiviti menghias laman.
        Mari kita kenali apakah alaan perkebun :

1. Cangkul
2. Penyodok Tanah
3. Gunting
4. Pongkes
5. Serampang tangan
6. Sudit tangan
7. Sarung Tanggan

Alatan Perkebunan dan Fungsinya

ALATAN PERKEBUNAN
Terdapat banyak peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja perkebunan. Setiap alatan mempunyai fungsi yang tersendiri. Alatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja perkebunan seperti menyemai, menanam dan menjaga tanaman.

Kita boleh memperolehi peralatan perkebunan ini di mana-mana kedai hardware yang berdekatan. Harga alatan tersebut tidaklah mahal malah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang. Kini, terdapat alatan yang unik dan berguna kepada kita ini kerana satu item boleh digunakan untuk pelbagai guna.Canggihkan?...

Antara contoh alatan perkebunan adalah seperti berikut:-


1. Penyiram - Sejenis bekas yang berfungsi untuk mengisi air dan menyiram tumbuh-tumbuhan. Penggunaan bekas ini amat mudah untuk dilakukan. Selain daripada penggunaan bekas ini, kita juga boleh menggunakan alat lain seperti getah paip yang berpili untuk penyiraman jarak jauh. Adalah lebih baik untuk perkebunan, bekas ini digunakan. Ini kerana air di dalam bekas ini boleh digabungkan dengan baja untuk meyuburkan tanaman.
2. Sekateur - Untuk mengemas cantasan layu atau mengemas cantasan tidak seluruh.


 
3. Sudip Tangan - Untuk menggali tanah, untuk mengorek lubang, untuk mengubah anak benih dari bekas semaian. Ia diperbuat daripada plastik, fiber dan ada juga daripada besi. 
Terdapat pelbagai saiz juga.


4. Pencakar Tangan - untuk mengempur tanah, untuk mengumpul sampah.Ia kini bukan sahaja diperbuat daripada besi, malah ia juga ada diperbuat daripada plastik. Terdapat pelbagai saiz mata pencakar iaitu ada yang panjang dan ada yang sederhana panjang.




5. Sekop - Untuk menggaulkan bahan medium. Biasanya sekop ini diperbuat daripada besi. Ia boleh dibelei di kedai-kedai hardware. Jarang di temui di pasaraya, ini adalah kerana fungsinya agak berbahaya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

6. Cangkul - Untuk menggembur dan memecah tanah. Ia juga boleh dibeli di kedai-kedai hardware. Ia sangat tajam dan perlu berhati-hati ketika menggunakannya.




7. Gunting Pemangkas - Untuk memangkas daun yang berlebihan atau daun yang layu. Ia boleh diperolehi di mana-mana kedai hardware. Ada dalam pelbagai saiz dan warna. 


8. Kereta Sorong - Untuk mengangkat bahan medium, bahan organik dan kompos. Begitu juga dengan kereta sorong ini,boleh dibeli di kedai-kedai harware. Untuk penggunaan jangka masa panjang, kita perlu pastikan ia tidak terkena air. Jika tidak ia akan karat dan tidak tahan lama. Oleh yang demikian, sekiranya terkena air, kita perlu mengelapnya dengan kain kering.


9. Serampang Tangan - Untuk merumput dan menggemburkan tanah. Serampang tangan juga terdapat dalam pelbagai saiz dan warna. Ia diperbuat daripada besi dan fiber mahupun plastik.




10. Tong Racun - Ia diperbuat daripada fiber plastik dan besi. Kegunaannya adalah untuk menjadi bekas racun ketika hendak menyembur racun. Ia boleh di perolehi di kedai-kedai hardware. 


No comments:

Post a Comment