Selamat Datang. Mari berkongsi idea dan menambah pengetahuan berkenaan seni tanaman hiasan. Semoga blog ini dapat membantu anda dan memberikan seribu satu maklumat.............

Sunday, April 17, 2011

Koleksi Rain Lily ( Zephyranthes candida )

Rain lily merupakan sejenis pokok bebawang yang sesuai ditanam di semua kawasan dan keadaan tanah. Pokok rain lily mudah ditanam dan dijaga. Terdapat 3 warna yang biasanya dijumpai di negara kita iaitu merah, kuning dan putih. Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan paling lebat bunganya diantara Bulan September hingga Oktober.Pokok ini dibiakkan melalui bebawang. Bagi penggemar hiasan taman pokok ini amat sesuai ditanam sama ada di dalam pasu mahupun dikawasan tanah lapang. Ianya mudah diubah dan tahan kepada serangan penyakit. Pokok ini selalunya ditanam di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Melaka. Ianya akan menjadi lebih cantik jika ia ditanam secara berkelompok.