Selamat Datang. Mari berkongsi idea dan menambah pengetahuan berkenaan seni tanaman hiasan. Semoga blog ini dapat membantu anda dan memberikan seribu satu maklumat.............

Tuesday, May 14, 2013

Pembajaan

      


Definisi Baja
Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanah, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber). Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur.

Jenis-jenis baja Jenis Baja

A. Baja Asli (Organik )

Definisi Baja Organik
Baja yang dihasilkan daripada asalnya benda hidup seperti haiwan, hidupan seni atau tumbuhan dan kemudian mati dan seterusnya melalui peroses pereputan. Contoh:
• Kompos
• Baja najis haiwan (kandang) - reput
• Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian

Kompos
Serbuk tulang, serbuk ikan, POME, dan lain-lain. Kompos adalah bahan organik yang stabil hasil daripada proses penguraian atau   pereputan bahan organik mentah dengan bantuan pelbagai jenis keadaan aerobik dan cara tertentu. Dihasilkan melalui proses penguraian secara semulajadi. Organisma-organisma hidup seperti dedaun, bahagian-bahagian tumbuhan lain, bangkai-bangkai haiwan, cangkerang dan sebagainya diurai oleh bakteria-bakteria di dalam tanah dalam tempoh tertentu.

Baja najis haiwan
Najis ternakan yang dijadikan sebagai baja, sama ada digunakan           secara terus atau setelah diproses. Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja ini dalam bentuk kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau.
 
Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian
Hasil sampingan dari pertanian seperti tandan kelapa sawit, dihancurkan menjadi hampas dan dijadikan baja.

B. Baja Kimia
Baja Kimia
Definisi Baja Kimia Baja yang dihasilkan daripada kilang melalui peroses kimia, percampuran atau sebatian yang diberikan kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut, Contoh:
• Urea – 46 % N
• CIRP – 32 % P2O5
• Kieserite – 16 % Mg2O dan 23 % S
• Muriate of Potash – 60% K20
• Nitophoska 15:15:15 - N: P2O5: K2O % dalam 100 kg baja

Baja Urea
Urea juga dikenali sebagai karbamida, terutamanya dalam penggunaan International Nonproprietary Name (rINN) di Eropah. Urea merupakan sebatian organik pertama yang berjaya disintesis dari bahan permulaan tak organik.Urea banyak digunakan para petani untuk menyuburkan tanah. Selain berfungsi sebagai alternatif baja lain seperti kompos (pupuk yang dari dedaunan yang ditimbun di dalam tanah), baja dari kotoran haiwan, dan baja buatan seperti TSP. CIRP ialah baja tunggal dan unsurnya ialah Phosphate dan memang betul kata nasirsik CIRP utk akar.CIRP biasanya digunakan sebelum memulakan penanaman dan di gaulkan di dalam lubang tanaman.Ada setengah petani memanggil ini sebagai " Baja Lapik".Maksud di sini ialah bila guna CIRP adalah dgn harapan bila kita menanam pokok maka akar akan cepat bergerak dalam tanah untuk meningkatkan keaktifan akar itu sendiri mengambil nutrian2 yg lain yg diperlukan oleh pokok. Pokok tak boleh guna CIRP sahaja mesti kena beri unsure-unsur yang lain. CIRP – 32 % P2O5


Kieserite – 16 % Mg2O dan 23 % S

 
TujuanPembajaan
Dengan cara ini tanaman  akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil optimun Pembajaan adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan tumbesaran dan pengeluaran hasil               

peranan Baja
Baja menambah bekalan-bekalan yang baru seperti nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain kesan elemen ke atas tanah yang mana nutrient-nutrien semulajadi telah berkurangan. Bagi tanaman-tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah atau tanaman yang ditanam berulang kali seperti tanaman padi dan sayuran, keperluan nutrient-nutrien untuk menampung tanaman tersebut adalah sangat tinggi dan cepat digunakan.Peranan baja
Berikut adalah senarai komposisi campuran baja dan kegunaannya:
(N)    =   Nitrogen          -    Warna dan ketumbuhan
(P)    =   Fosforus           -     Tenaga
(K)    =   Potasium         -     Menyusun atur proses fisiologi
(S)    =   Sulfur               -     Sintesis protein
(Fe)  =   Besi                   -     Warna

Kebiasaannya baja dikategorikan sebagai samada “organik atau kimia”. Kedua-duanya memberikan nutrien yang sama, tetap berbeza dari segi punca nutriennya dan dari segi nutrient yang dibebaskan ke atas tanah.
Nutrien di dalam baja kimia diperbuat dari bahan kimia dan diperbuat dalam bentuk yang mudah larut (soluble form). Untuk baja kimia melarut perlahan (slow release fertilizer), ianya diselaputi dengan bahan zeolite untuk mengawal kadar kelarutannya bila terkena lembapan dari terus larut dan membuatkannya lebih tersedia untuk tanaman dalam jangka waktu tertentu.
Baja kimia mampu mendatangkan hasil dengan mudah dan cepat, akan tetapi ianya boleh memudaratkan tanaman dan tanah dalam jangka masa yang panjang.

Fungsi Membaja

Membantu merawat dan pulih tanah

Membantu menyimpan air

Membantu mengawal kadar pH tanah

Membantu merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikrob
Bentuk Fizikal Baja

Baja terdiri daripada pelbagai bentuk diantaranya :

• Berbutir / pellet / kokei

• Debu

• Prill

• Cecair (foliar)

Tanda Kekurangan Baja Pada Tumbuhan


TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN
NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
Fosforus (P)
Saiz daun lebih kecil.
Kalium (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.


Kelebihan Baja Organik

Meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah. mempercepatkan penguraian bahan organic dan membantu meningkatkan KPK tanah.

Memperbaiki tekstur dan struktur tanah membantu perkembangan akar, memperbaiki saliran dan memudahkan kerja penyediaan tanah.

Meningkatkan KPK tanah meningkatka keupayaan tanah untuk memegang nutrient apabila pembajaan dilakukan

Memperbaiki pengudaraan tanah meningkatkan rongga tanah dan memperbaiki tahap penyerapan air dan pengudaraan dalam tanah.

Menggunakan sisa buangan pertanian dari dibazirkan

Memperbaiki struktur tanah supaya gembur, baik edaran udara, pegangan air dan lain-lain

Menambahkan bahan organik kepada tanah

Meningkatkan Keupayaan Pertukaran Kation Tanah

Memberi zat makanan kepada tanaman.

Meningkatkan populasi mikro-organisma dalam tanah - mereputkan bahan organik supaya cepat menjadi baja yang tersedia unsur pemakananya .

Kelebihan Baja Kimia 
Baja Kimia mempunyai kelebihan di mana ianya dapat disalurkan terus dan cepat ke atas tanaman. Baja Kimia yang dicampurkan dengan sempurna mengikut nisbah kadar tetap N:P:K, dan kemudiannya digunakan untuk tanaman pada waktu yang sesuai boleh membantu kehidupan tanaman. Baja kimia tidak mempunyai sebarang tenaga (karbon). Baja Kimia dengan hanya kandungan tetap bahan kimia NPK tidak mempunyai nutrient yang lengkap untuk membantu kehidupan tanaman dan membentuk tanah yang subur.
Baja Kimia yang disaluti bahan bagi mengelakkanya terlarut dengan cepat, ianya mestilah digunakan dengan penuh hati-hati, terutamanya  ke atas tanah berpasir, yang mana boleh menyebabkan akar melecur dan seterusnya menyerap dengan cepat sehingga melangkaui jarak capaian akar. Bagi tanah liat atau tanah yang mengandungi kadar organik yang tinggi dan kandungan humus yang baik, ini bukanlah satu masalah yang besar.

Kelemahan Baja Organik 

Bau busuk menggalakkan kehadiran haiwan perosak.
penggunaan najis  lembu atau najis haiwan lain akan menggalakkan pertumbuhan rumput kerana benih rumput masih baik walaupun di dalam najis haiwan.



Kelemahan Baja Organik

Baja organik tidak meresap ke dalam tanah seperti baja kimia.


Berbau busuk berbanding baja kimia
 
Kelemahan Baja Kimia 

Baja akan meresap dengan cepat semasa hujan akan menyebabkan baja mengalir ke dalam sungai.

Penggunaan baja kimia yang kerap akan meningkatkan kandungan sodium dalam tanah dan keadaan tanah akan menjadi tandus.

Harga yang
 mahal

Kelemahan Baja Kimia

Penggunaan yang terlalu banyak akan menyebabkan pokok mati

Perbezaan Baja Kimia dan Baja Organik

Bil

Baja Organik


Baja Kimia

1

Baja semula jadi samada dari sisa haiwan atau sisa tumbuhan yang mengalami proses pereputan.


Baja Buatan manusia dan melibatkan proses kimia dalam proses pembuatanya.

2

Lebih berbau jika dibandingkan dengan baja kimia.


Tiada bau

3

Penggunaan baja organic lebih selamat berbanding baja kimia.


Penggunaan baja kimia akan memudaratkan kesihatan.

4

Lebih murah malahan lebih mesra alam kerana penggunaan semula sisa haiwan dan sisa tumbuhan.


Lebih mahal

5

Tidak larut ke dalam tanah.


Larut ke dalam tanah

6

Bebas dari penggunaan bahan kimia.


Kebanyakkan menggunakan bahan kimia.

17
 
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembajaan







Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembajaan

Kaedah membaja

Jenis tanah
18

Jenis baja

Kadar baja

Masa membaja baja
 
























Kadar Baja



Pokok sedang berbuah kadar K lebih tinggi berbanding N

 







Pokok berbuah banyak perlu lebih baja berbanding pokok kurang buah

Kadar Baja

Disesuaikan dengan peringkat umur dan jenis pokok dan jenis tanah


Tanah kurang subur perlu lebih tinggi kadar baja


 



















19
 

Baja foliar perlu sebelah awal pagi atau lewat petang.



Masa Membaja







Masa Membaja
Sesuai dengan keperluan kritikal pokok seperti selepas memungut hasil, sebelum berbunga, selepas pengeluaran pucuk



Tidak ketika hujan

Tanah lembab/basah
20
 
























Kaedah Membaja
21
CARA/TEKNIK PEMBAJAAN

a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.


b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.


c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.


d) Pembajaan sisi (side dressing)

Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.


e) Pembajaan berpoket (pocket placement)

Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.


f) Penyemburan daun (foliar application)
Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.


















22
 
Contoh Penggunaan Baja
Jenis Tanaman
Kadar
Kaedah
Padi
100 kg/1 ekar
- tabur sebelum putaran terakhir
- 20-25 HLT
Sayur-sayuran
100 kg/1 ekar
- penyediaan tapak
Buah-buahan
1-3 kg/pokok mengikut umur
dan saiz pokok
- tabur di lingkaran rimbun daun
3 atau 4 bulan sekali
Kelapa Sawit
1/2-3 kg/pokok
- setiap 3 atau 4 bulan
Pokok Getah
1/2-3 kg/pokok
- setiap 3 atau 4 bulan
















23
 
Keratan Akhbar
ARKIB : 07/04/2009

Baja organik lebih selamat

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my
norizan Othman (dua dari kanan) memberikan penerangan mengenai penggunaan baja organik kepada pegawai FAMA dan dua petani yang menyertai kursus di ladang jagungnya. - utusan / ali mahmood


TEMERLOH 6 April - Kesedaran terhadap kelebihan sayur-sayuran yang menggunakan baja organik kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat negara ini.
Ia berikutan meningkatnya kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan.
Meskipun penggunaan baja kimia dapat meningkatkan pengeluaran selain hasil tanaman yang kelihatan lebih 'cantik,' namun ia boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan manusia.
Selain itu, harga baja kimia adalah lebih mahal berbanding baja organik terutama selepas kenaikan harga minyak pada pertengahan tahun lalu.
Bagaimanapun, masih tidak ramai petani yang menggunakan kaedah baja organik dalam kerja-kerja penanaman.
Ia mungkin disebabkan penyediaan baja organik yang dianggap leceh berbanding baja kimia yang boleh dibeli di mana-mana premis untuk ditaburkan di atas tanaman
Salah seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran yang menggunakan kaedah baja organik ialah Norizan Othman, 47, dari Lanchang, dekat sini.
Beliau merupakan satu-satunya petani di Lanchang yang mengusahakan pertanian menggunakan baja organik.
Apa yang menarik, Norizan menggunakan ramuan daripada tanaman herba seperti serai wangi, bawang putih, halia dan cili yang diadun untuk dijadikan baja serta racun serangga.

24
Bagi Norizan, soal keselamatan makanan adalah perkara penting yang tidak boleh dipandang ringan. Sehubungan itu, beliau merasakan menjadi bertanggungjawabnya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya soal keselamatan makanan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan.
Justeru, beliau mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan baja kimia di ladangnya yang diusahakan sejak 12 tahun lalu dengan beralih kepada tanaman sayur-sayuran berasaskan penggunaan baja organik.
Bagi Norizan, penggunaan baja organik didapati bukan sahaja selamat tetapi dapat menjimatkan 30 peratus kos pengurusan ladang manakala hasil pengeluaran meningkat sehingga enam kali ganda.
''Hasil sayur-sayuran menggunakan baja organik lebih berkualiti dan selamat dari sudut kesihatan kerana menggunakan baja semula jadi dan mesra alam.
''Malah sayur-sayuran berasaskan baja organik mendapat pasaran yang baik apabila wujud kesedaran di kalangan orang ramai yang kini lebih mementingkan soal penjagaan kesihatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Norizan mula menyedari kebaikan penggunaan baja organik setelah mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) enam tahun lalu dan merasakan ia menjadi tanggungjawabnya untuk memberitahu masyarakat supaya berhenti membeli sayur-sayuran berasaskan baja kimia.
Beliau yang menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan tanah adik-beradiknya sejak 14 tahun lalu berharap dapat mendidik masyarakat supaya menggalakkan mereka memakan sayur-sayuran berasaskan baja organik dengan terlibat secara langsung menggunakan baja tersebut di ladangnya sendiri.
Norizan mula menggunakan baja organik pada Mei 2004 menerusi syarikatnya, Organick Natural Farming Sdn. Bhd. (Organick Natural Farming) bersama suaminya, Hamdan Mat Jusuh, 48, dengan mengusahakan tanaman timun, petola dan peria.
Beliau yang pernah bekerja di sebuah syarikat kuari di Lanchang selama tujuh tahun berminat dalam bidang pertanian sejak mendirikan rumah tangga 30 tahun lalu dengan memanfaatkan tanah di sekeliling rumahnya selepas pulang dari kerja.
Bagaimanapun selepas suaminya tamat kontrak sebagai pekerja syarikat yang mengendali Lebuh Raya Karak-Gombak (MTD Prime), mereka mengambil keputusan menceburi bidang pertanian sepenuh masa dengan mengusahakan tanah seluas 0.8 hektar milik adik-beradiknya.

25
Selepas lima tahun mengusahakan tanah tersebut, Norizan membeli tanah seluas 1.2 hektar dengan harga RM70,000 hasil simpanan dan pinjaman bank. Kesungguhan pasangan suami isteri itu mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila ladangnya mendapat anugerah Ladang Organik Kebangsaan selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
''Dengan penggunaan baja kimia, pendapatan kami sekitar RM2,000 tetapi meningkat kepada RM6,000 apabila beralih kepada baja organik.
''Selain turut menggunakan racun serangga yang bebas daripada penggunaan bahan kimia, saya menggunakan semburan cecair yang diperbuat daripada campuran bawang putih, halia, daun serai wangi dan cili api," katanya.
Menurutnya, penggunaan racun serangga berasaskan organik juga lebih selamat kerana ia tidak memberi kesan sampingan kepada orang ramai yang memakan sayur.
''Penggunaan serai wangi dapat menghalang daripada kehadiran haiwan perosak tanaman di ladang sayur saya," jelasnya.
Bagi menambah pengetahuannya dalam pertanian organik, Norizan sentiasa mengikuti kursus dan program berkaitan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti klinik usahawan tani dan sebagainya.
Kejayaannya mengusahakan ladangnya itu menarik perhatian beberapa pihak yang mengundang beliau untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman dengan para petani yang ingin menceburi pertanian berasaskan baja organik.
Sepanjang tahun ini beliau diundang untuk memberikan ceramah di Perlis, Kelantan, Pahang, Melaka dan Selangor melalui Latihan Sangkut iaitu cara memproses dan mengusahakan tanaman menggunakan baja organik.
Selain mendapat pengiktirafan Ladang Organik Kebangsaan, ladangnya, Organick Natural Farming turut mendapat lesen Skim Organik Malaysia (SOM) 2007 dan pernah mewakili negara ke Persidangan Ladang ASEAN pada 2005 yang berlangsung di Kemboja.
Menceritakan pengalaman awal ketika menggunakan baja organik untuk tanaman sayur-sayuran, beliau dan suaminya menempuh pelbagai dugaan terutama ketika cuba menembusi pasaran tempatan.
''Pada peringkat permulaan, saya menghadapi cabaran yang agak getir kerana terpaksa memasarkan sayur-sayuran di pasar borong dan terpaksa bersaing harga yang sama dengan sayur-sayuran yang menggunakan baja kimia.

26
''Namun kini alhamdulillah, sayur-sayuran saya telah dipasarkan di Kepong iaitu tempat pasaran hasil pertanian berasaskan baja organik. ''Saya percaya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kesihatan semakin tinggi dan suatu hari nanti mereka akan beralih kepada hasil pertanian menggunakan baja organik," katanya.
Norizan kini bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pahang menjalankan kursus mengenai pertanian berasaskan baja organik untuk memberikan bimbingan kepada usahawan tani di negeri ini.

















27
 




Lampiran













28
 
Refleksi
Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

             Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah.
Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

             Memberikan baja kimia kepada tumbuhan, boleh memusnahkan struktur hidupan tanah dan membiarkan tumbuhan bergantung kepada bahan kimia. Kadar takungan air dalam tanah, dan daya ketahanan tumbuhan kepada serangan penyakit akan berkurangan. Satu cara bagi memastikan tumbuhan kelihatan segar adalah memberikannya bahan berasaskan kimia mengikut kadar keperluan yang secukupnya sahaja.

            Struktur tanah yang baik adalah yang bebas dari bahan kimia. Penggunaan bahan organik adalah amat digalakkan kerana mesra alam dan dapat mengembalikan mikro-organisma ke dalam tanah, rantaian pemakanan serangga di dalam tanah akan menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan tanah dengan kaedah semulajadi. Dengan yang demikian makanan (hasil pertanian) yang dihasilkan berasaskan bahan organik adalah lebih selamat dan tidak memberikan pencemaran terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian cara pertanian dunia haruslah diubah kearah kaedah mesra alam bagi menjamin kesihatan masyarakat dunia.

36
 


Rujukkan

Abu BakarMat Daud  (2005) Variasi Tanaman Hiasan . Petaling Jaya, Selanggor.Alaf Dua Puluh Satu Sdn.Bhd.

Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 29, ( 2010 )Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.

Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 11, ( 2008 )Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.

Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 32, ( 2011 )Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.

Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 35, ( 2011 )Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.

Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 8, ( 2007 )Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Utusan Pahang@Utusan .com.my ( 2009 ), Pahang, Utasan Pahang Sdn Bhd.
37