Definisi
Baja
Baja ialah sebatian
kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali
dikenakan ke atas tanah, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau
disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli
dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi
bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia
pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan,
mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.Baja
boleh wujud secara semula jadi seperti gambut
dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti
penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber).
Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih
indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan. Baja
diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan
daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama,
iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain
seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut
digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun
nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan
(contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen
(proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna
seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida).
Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh
subur.
Jenis-jenis baja Jenis Baja
A. Baja Asli (Organik )
Definisi Baja Organik
Baja yang dihasilkan daripada asalnya benda hidup
seperti haiwan, hidupan seni atau tumbuhan dan kemudian mati dan seterusnya melalui
peroses pereputan. Contoh:
• Kompos
• Baja najis haiwan (kandang) - reput
• Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian
Kompos
Serbuk tulang, serbuk ikan, POME, dan
lain-lain. Kompos adalah bahan organik yang stabil hasil daripada proses penguraian
atau pereputan bahan organik mentah dengan bantuan pelbagai
jenis keadaan aerobik dan cara tertentu. Dihasilkan
melalui proses penguraian secara semulajadi. Organisma-organisma hidup seperti
dedaun, bahagian-bahagian tumbuhan lain, bangkai-bangkai haiwan, cangkerang dan
sebagainya diurai oleh bakteria-bakteria di dalam tanah dalam tempoh tertentu.
Baja najis haiwan
Najis ternakan yang dijadikan sebagai baja, sama
ada digunakan secara terus atau
setelah diproses. Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan
sampah, dan disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi
menghasilkan baja kompos. Baja ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja
ini dalam bentuk kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah
ditangani dan tidak berbau.
Hasil sampingan kilang berasaskan pertanian
Hasil sampingan dari
pertanian seperti tandan kelapa sawit, dihancurkan menjadi hampas dan dijadikan
baja.
B. Baja Kimia
Baja Kimia
Definisi Baja Kimia Baja yang dihasilkan
daripada kilang melalui peroses kimia, percampuran atau sebatian yang diberikan
kepada tanaman bagi memenuhi keperluan tanaman tersebut, Contoh:
• Urea – 46 % N
• CIRP – 32 % P2O5
• Kieserite – 16 % Mg2O dan 23 % S
• Muriate of Potash – 60% K20
• Nitophoska 15:15:15 - N: P2O5: K2O % dalam
100 kg baja
Baja Urea
Urea juga dikenali sebagai karbamida, terutamanya dalam penggunaan International
Nonproprietary Name (rINN) di Eropah. Urea merupakan sebatian organik
pertama yang berjaya disintesis dari bahan permulaan tak organik.Urea banyak
digunakan para petani untuk menyuburkan tanah. Selain berfungsi sebagai
alternatif baja lain seperti kompos (pupuk
yang dari dedaunan yang ditimbun di dalam tanah), baja dari kotoran haiwan, dan
baja buatan seperti TSP. CIRP ialah baja tunggal dan unsurnya ialah Phosphate dan
memang betul kata nasirsik CIRP utk akar.CIRP biasanya digunakan sebelum
memulakan penanaman dan di gaulkan di dalam lubang tanaman.Ada setengah
petani memanggil ini sebagai " Baja Lapik".Maksud di sini ialah
bila guna CIRP adalah dgn harapan bila kita menanam pokok maka akar akan
cepat bergerak dalam tanah untuk meningkatkan keaktifan akar itu sendiri
mengambil nutrian2 yg lain yg diperlukan oleh pokok. Pokok tak boleh guna
CIRP sahaja mesti kena beri unsure-unsur yang lain. CIRP – 32 % P2O5
Kieserite
– 16 % Mg2O dan 23 % S
Dengan cara ini
tanaman akan tumbuh dengan subur dan
mengeluarkan hasil optimun Pembajaan adalah
proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk keperluan
tumbesaran dan pengeluaran hasil
|
peranan Baja
Baja menambah bekalan-bekalan
yang baru seperti nitrogen, fosforus, potassium dan lain-lain kesan elemen ke
atas tanah yang mana nutrient-nutrien semulajadi telah berkurangan. Bagi
tanaman-tanaman kekal seperti kelapa sawit dan getah atau tanaman yang ditanam
berulang kali seperti tanaman padi dan sayuran, keperluan nutrient-nutrien
untuk menampung tanaman tersebut adalah sangat tinggi dan cepat digunakan.Peranan baja
Berikut adalah senarai komposisi campuran baja dan kegunaannya:
(N) =
Nitrogen -
Warna dan ketumbuhan
(P) =
Fosforus - Tenaga
(K) =
Potasium - Menyusun atur proses
fisiologi
(S) =
Sulfur
- Sintesis protein
(Fe) =
Besi
- Warna
Kebiasaannya baja dikategorikan
sebagai samada “organik atau kimia”. Kedua-duanya memberikan nutrien yang sama,
tetap berbeza dari segi punca nutriennya dan dari segi nutrient yang dibebaskan
ke atas tanah.
Nutrien di dalam baja kimia
diperbuat dari bahan kimia dan diperbuat dalam bentuk yang mudah larut (soluble
form). Untuk baja kimia melarut perlahan (slow release fertilizer), ianya
diselaputi dengan bahan zeolite untuk mengawal kadar kelarutannya bila terkena
lembapan dari terus larut dan membuatkannya lebih tersedia untuk tanaman dalam
jangka waktu tertentu.
Baja kimia mampu mendatangkan
hasil dengan mudah dan cepat, akan tetapi ianya boleh memudaratkan tanaman dan
tanah dalam jangka masa yang panjang.
Membantu merawat dan pulih tanah
|
Membantu mengawal kadar pH tanah
|
Membantu merangsang pertumbuhan dan kegiatan
mikrob
|
Bentuk Fizikal Baja
Baja terdiri
daripada pelbagai bentuk diantaranya :
• Berbutir / pellet / kokei
• Debu
• Prill
• Cecair (foliar)
Tanda Kekurangan Baja Pada Tumbuhan
TANDA KEKURANGAN
BAJA PADA TANAMAN
|
NUTRIEN
|
TANDA KEKURANGAN
|
Nitrogen
(N)
|
Daun
menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun
juga menjadi kuning.
|
Fosforus
(P)
|
Saiz
daun lebih kecil.
|
Kalium
(K)
|
Tanda
mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun
dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan
berwarna perang.
|
Kalsium
(Ca)
|
Kebantutan
pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun
tua.
|
Magnesium
(Mg)
|
Kekuningan
pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan
merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih
kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
|
Sulfur
(S)
|
Tanda
mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna
menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang
terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
|
Ferum
(Fe)
|
Daun
yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan
menjadi lebih jelas.
|
Mangan
(Mn)
|
Pokok
menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara
urat-urat daun masih kelihatan hijau.
|
Kuprum
(Cu)
|
Pucuk
daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti
dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk
lateral yang juga mudah diserang mati rosot.
|
Kelebihan Baja Organik
• Meningkatkan
aktiviti mikroorganisma tanah. mempercepatkan penguraian bahan organic dan
membantu meningkatkan KPK tanah.
• Memperbaiki
tekstur dan struktur tanah membantu perkembangan akar, memperbaiki saliran dan
memudahkan kerja penyediaan tanah.
• Meningkatkan
KPK tanah meningkatka keupayaan tanah untuk memegang nutrient apabila pembajaan
dilakukan
• Memperbaiki
pengudaraan tanah meningkatkan rongga tanah dan memperbaiki tahap penyerapan
air dan pengudaraan dalam tanah.
• Menggunakan
sisa buangan pertanian dari dibazirkan
• Memperbaiki
struktur tanah supaya gembur, baik edaran udara, pegangan air dan lain-lain
• Menambahkan
bahan organik kepada tanah
• Meningkatkan
Keupayaan Pertukaran Kation Tanah
• Memberi
zat makanan kepada tanaman.
• Meningkatkan
populasi mikro-organisma dalam tanah - mereputkan bahan organik supaya cepat
menjadi baja yang tersedia unsur pemakananya .
Kelebihan Baja Kimia
Baja Kimia mempunyai kelebihan
di mana ianya dapat disalurkan terus dan cepat ke atas tanaman. Baja Kimia yang
dicampurkan dengan sempurna mengikut nisbah kadar tetap N:P:K, dan kemudiannya
digunakan untuk tanaman pada waktu yang sesuai boleh membantu kehidupan
tanaman. Baja kimia tidak mempunyai sebarang tenaga (karbon). Baja Kimia dengan
hanya kandungan tetap bahan kimia NPK tidak mempunyai nutrient yang lengkap
untuk membantu kehidupan tanaman dan membentuk tanah yang subur.
Baja Kimia yang disaluti bahan
bagi mengelakkanya terlarut dengan cepat, ianya mestilah digunakan dengan penuh
hati-hati, terutamanya ke atas tanah berpasir, yang mana boleh
menyebabkan akar melecur dan seterusnya menyerap dengan cepat sehingga
melangkaui jarak capaian akar. Bagi tanah liat atau tanah yang mengandungi
kadar organik yang tinggi dan kandungan humus yang baik, ini bukanlah satu masalah
yang besar.
Kelemahan Baja Organik
Bau busuk menggalakkan kehadiran haiwan
perosak.
|
penggunaan najis
lembu atau najis haiwan lain akan menggalakkan pertumbuhan
rumput kerana benih rumput masih baik walaupun di dalam najis haiwan.
|
Baja organik tidak meresap ke dalam tanah
seperti baja kimia.
|
Berbau busuk berbanding baja kimia
|
Kelemahan Baja Kimia
Baja akan meresap dengan
cepat semasa hujan akan menyebabkan baja mengalir ke dalam sungai.
|
Penggunaan baja kimia yang kerap akan meningkatkan
kandungan sodium dalam tanah dan keadaan tanah akan menjadi tandus.
|
Penggunaan yang terlalu
banyak akan menyebabkan pokok mati
|
Perbezaan Baja Kimia dan Baja Organik
Bil
|
Baja Organik
|
Baja Kimia
|
1
|
Baja semula jadi samada dari sisa haiwan atau sisa tumbuhan yang
mengalami proses pereputan.
|
Baja Buatan manusia dan melibatkan proses kimia dalam proses
pembuatanya. |
2
|
Lebih berbau jika dibandingkan dengan baja kimia.
|
Tiada bau |
3
|
Penggunaan baja organic lebih selamat berbanding baja kimia.
|
Penggunaan baja kimia akan memudaratkan kesihatan. |
4
|
Lebih murah malahan lebih mesra alam kerana penggunaan semula sisa
haiwan dan sisa tumbuhan.
|
Lebih mahal |
5
|
Tidak larut ke dalam tanah.
|
Larut ke dalam tanah |
6
|
Bebas dari penggunaan bahan kimia.
|
Kebanyakkan menggunakan bahan kimia. |
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembajaan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembajaan
|
Kadar Baja
Pokok
sedang berbuah kadar K lebih tinggi berbanding N
|
Pokok berbuah banyak perlu lebih baja
berbanding pokok kurang buah
|
Disesuaikan dengan peringkat umur dan
jenis pokok dan jenis tanah
|
Tanah
kurang subur perlu lebih tinggi kadar baja
|
Baja
foliar perlu sebelah awal pagi atau lewat petang.
|
Masa Membaja
Sesuai dengan keperluan kritikal pokok
seperti selepas memungut hasil, sebelum berbunga, selepas pengeluaran pucuk
|
Kaedah Membaja
CARA/TEKNIK
PEMBAJAAN
a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan
atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah
supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan
apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.
b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah
bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja
tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di
bawah benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi,
kacang tanah dan lain-lain.
c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar.
Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana
baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh
semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.
d) Pembajaan sisi (side dressing)
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar.
Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi
tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen
sahaja.
e) Pembajaan berpoket (pocket placement)
Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh
dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila
membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek
disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan
lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.
f) Penyemburan daun (foliar application)
Cara ini selalu digunakan untuk memberi
unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan
pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron,
dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun.
Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.
Contoh
Penggunaan Baja
Jenis Tanaman
|
Kadar
|
Kaedah
|
Padi
|
100
kg/1 ekar
|
- tabur
sebelum putaran terakhir
- 20-25 HLT
|
Sayur-sayuran
|
100
kg/1 ekar
|
-
penyediaan tapak
|
Buah-buahan
|
1-3
kg/pokok mengikut umur
dan saiz pokok
|
- tabur
di lingkaran rimbun daun
3 atau 4 bulan sekali
|
Kelapa
Sawit
|
1/2-3
kg/pokok
|
-
setiap 3 atau 4 bulan
|
Pokok
Getah
|
1/2-3
kg/pokok
|
-
setiap 3 atau 4 bulan
|
Keratan
Akhbar
ARKIB : 07/04/2009
Baja organik lebih selamat
Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my
|
norizan Othman (dua dari kanan) memberikan penerangan
mengenai penggunaan baja organik kepada pegawai FAMA dan dua petani yang
menyertai kursus di ladang jagungnya. - utusan / ali mahmood
|
TEMERLOH 6 April - Kesedaran terhadap kelebihan sayur-sayuran yang
menggunakan baja organik kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat negara
ini.
Ia berikutan meningkatnya kesedaran orang ramai terhadap penjagaan
kesihatan.
Meskipun penggunaan baja kimia dapat meningkatkan pengeluaran selain hasil
tanaman yang kelihatan lebih 'cantik,' namun ia boleh memberi kesan sampingan
terhadap kesihatan manusia.
Selain itu, harga baja kimia adalah lebih mahal berbanding baja organik
terutama selepas kenaikan harga minyak pada pertengahan tahun lalu.
Bagaimanapun, masih tidak ramai petani yang menggunakan kaedah baja organik
dalam kerja-kerja penanaman.
Ia mungkin disebabkan penyediaan baja organik yang dianggap leceh berbanding
baja kimia yang boleh dibeli di mana-mana premis untuk ditaburkan di atas
tanaman
Salah seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran yang menggunakan kaedah baja
organik ialah
Norizan Othman, 47, dari Lanchang, dekat sini.
Beliau merupakan satu-satunya petani di Lanchang yang mengusahakan pertanian
menggunakan baja organik.
Apa yang menarik, Norizan menggunakan ramuan daripada tanaman herba seperti
serai wangi, bawang putih, halia dan cili yang diadun untuk dijadikan baja
serta racun serangga.
Bagi Norizan, soal keselamatan makanan adalah perkara penting yang
tidak boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu, beliau merasakan menjadi bertanggungjawabnya untuk
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya soal keselamatan makanan kerana ia
berkait rapat dengan kesihatan.
Justeru, beliau mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan baja kimia
di ladangnya yang diusahakan sejak 12 tahun lalu dengan beralih kepada tanaman
sayur-sayuran berasaskan penggunaan baja organik.
Bagi Norizan, penggunaan baja organik didapati bukan sahaja selamat tetapi
dapat menjimatkan 30 peratus kos pengurusan ladang manakala hasil pengeluaran
meningkat sehingga enam kali ganda.
''Hasil sayur-sayuran menggunakan baja organik lebih berkualiti dan selamat
dari sudut kesihatan kerana menggunakan baja semula jadi dan mesra alam.
''Malah sayur-sayuran berasaskan baja organik mendapat pasaran yang baik
apabila wujud kesedaran di kalangan orang ramai yang kini lebih mementingkan
soal penjagaan kesihatan," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Norizan mula menyedari kebaikan penggunaan baja organik setelah mengikuti
kursus anjuran Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Pertanian
Malaysia (MARDI) enam tahun lalu dan merasakan ia menjadi tanggungjawabnya
untuk memberitahu masyarakat supaya berhenti membeli sayur-sayuran berasaskan
baja kimia.
Beliau yang menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan tanah
adik-beradiknya sejak 14 tahun lalu berharap dapat mendidik masyarakat supaya
menggalakkan mereka memakan sayur-sayuran berasaskan baja organik dengan
terlibat secara langsung menggunakan baja tersebut di ladangnya sendiri.
Norizan mula menggunakan baja organik pada Mei 2004 menerusi syarikatnya,
Organick Natural Farming Sdn. Bhd. (Organick Natural Farming) bersama suaminya,
Hamdan Mat Jusuh, 48, dengan mengusahakan tanaman timun, petola dan
peria.
Beliau yang pernah bekerja di sebuah syarikat kuari di Lanchang selama tujuh
tahun berminat dalam bidang pertanian sejak mendirikan rumah tangga 30 tahun
lalu dengan memanfaatkan tanah di sekeliling rumahnya selepas pulang dari
kerja.
Bagaimanapun selepas suaminya tamat kontrak sebagai pekerja syarikat yang
mengendali Lebuh Raya Karak-Gombak (MTD Prime), mereka mengambil keputusan
menceburi bidang pertanian sepenuh masa dengan mengusahakan tanah seluas 0.8
hektar milik adik-beradiknya.
Selepas lima tahun mengusahakan tanah tersebut, Norizan membeli tanah
seluas 1.2 hektar dengan harga RM70,000 hasil simpanan dan pinjaman bank.
Kesungguhan pasangan suami isteri itu mendapat pengiktirafan Jabatan
Pertanian apabila ladangnya mendapat anugerah Ladang Organik Kebangsaan selama
tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
''Dengan penggunaan baja kimia, pendapatan kami sekitar RM2,000 tetapi
meningkat kepada RM6,000 apabila beralih kepada baja organik.
''Selain turut menggunakan racun serangga yang bebas daripada penggunaan
bahan kimia, saya menggunakan semburan cecair yang diperbuat daripada campuran
bawang putih, halia, daun serai wangi dan cili api," katanya.
Menurutnya, penggunaan racun serangga berasaskan organik juga lebih selamat
kerana ia tidak memberi kesan sampingan kepada orang ramai yang memakan sayur.
''Penggunaan serai wangi dapat menghalang daripada kehadiran haiwan perosak
tanaman di ladang sayur saya," jelasnya.
Bagi menambah pengetahuannya dalam pertanian organik, Norizan sentiasa
mengikuti kursus dan program berkaitan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian
dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti klinik usahawan tani dan
sebagainya.
Kejayaannya mengusahakan ladangnya itu menarik perhatian beberapa pihak yang
mengundang beliau untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman dengan para
petani yang ingin menceburi pertanian berasaskan baja organik.
Sepanjang tahun ini beliau diundang untuk memberikan ceramah di Perlis,
Kelantan, Pahang, Melaka dan Selangor melalui Latihan Sangkut iaitu cara memproses
dan mengusahakan tanaman menggunakan baja organik.
Selain mendapat pengiktirafan Ladang Organik Kebangsaan, ladangnya, Organick
Natural Farming turut mendapat lesen Skim Organik Malaysia (SOM) 2007 dan
pernah mewakili negara ke Persidangan Ladang ASEAN pada 2005 yang berlangsung
di Kemboja.
Menceritakan pengalaman awal ketika menggunakan baja organik untuk tanaman
sayur-sayuran, beliau dan suaminya menempuh pelbagai dugaan terutama ketika
cuba menembusi pasaran tempatan.
''Pada peringkat permulaan, saya menghadapi cabaran yang agak getir kerana
terpaksa memasarkan sayur-sayuran di pasar borong dan terpaksa bersaing harga
yang sama dengan sayur-sayuran yang menggunakan baja kimia.
''Namun kini alhamdulillah, sayur-sayuran saya telah dipasarkan di Kepong
iaitu tempat pasaran hasil pertanian berasaskan baja organik.
''Saya percaya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kesihatan
semakin tinggi dan suatu hari nanti mereka akan beralih kepada hasil pertanian
menggunakan baja organik," katanya.
Norizan kini bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) Negeri Pahang menjalankan kursus mengenai pertanian berasaskan baja
organik untuk memberikan bimbingan kepada usahawan tani di negeri ini.
Lampiran
Refleksi
Kesuburan tanaman
bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan
menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya.
Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah
diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh
menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning.
Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan
kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.
Tumbuhan memerlukan 17
unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Tumbuhan
memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan
tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada
air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu
dari baja dan bahan organan dalam tanah.
Memberikan baja kimia kepada
tumbuhan, boleh memusnahkan struktur hidupan tanah dan membiarkan tumbuhan
bergantung kepada bahan kimia. Kadar takungan air dalam tanah, dan daya
ketahanan tumbuhan kepada serangan penyakit akan berkurangan. Satu cara bagi
memastikan tumbuhan kelihatan segar adalah memberikannya bahan berasaskan kimia
mengikut kadar keperluan yang secukupnya sahaja.
Struktur tanah yang baik adalah
yang bebas dari bahan kimia. Penggunaan bahan organik adalah amat digalakkan
kerana mesra alam dan dapat mengembalikan mikro-organisma ke dalam tanah,
rantaian pemakanan serangga di dalam tanah akan menyelesaikan banyak masalah
yang berkaitan tanah dengan kaedah semulajadi. Dengan yang demikian makanan
(hasil pertanian) yang dihasilkan berasaskan bahan organik adalah lebih selamat
dan tidak memberikan pencemaran terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian cara
pertanian dunia haruslah diubah kearah kaedah mesra alam bagi menjamin
kesihatan masyarakat dunia.
Rujukkan
Abu BakarMat Daud (2005) Variasi Tanaman Hiasan . Petaling Jaya,
Selanggor.Alaf Dua Puluh Satu Sdn.Bhd.
Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 29, ( 2010
)Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.
Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 11, ( 2008
)Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.
Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 32, ( 2011
)Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.
Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 35, ( 2011
)Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.
Fickry Hj Yaacub, Laman Impiana Edisi 8, ( 2007
)Shah Alam , Selangor. Grup Majalah Karangkraf Sdn Bhd.
Ali Mahmood, Utusan Pahang@Utusan .com.my ( 2009 ),
Pahang, Utasan Pahang Sdn Bhd.